Program Kesihatan 2010 ini telah dijalankan oleh pihak Klinik Desa Kampung Jemukan pada 13 Mei 2010, Khamis yang lalu. Program ini melibatkan pemeriksaan kesihatan dan suntikan pelalian untuk murid-murid Tahun 1 dan Tahun 6.

Guru Kelas Tahun 1, Pn Seria Ajut sedang membawa murid-murid Tahun 1 ke Bilik Sumber.

Murid-murid Tahun 1 sedang berbaris untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan suntikan. Kelihatan si Aiman Kecil susah hati menunggu gilirannya.

Pemeriksaan kesihatan dijalankan untuk mengesan tahap penglihatan murid-murid.
Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Penguatkuasa Kesihatan.

Suntikan pelalian yang menjadikan hati anak-anak ini berdebar-debar.

Senyuman ceria anak-anak yang berani : kami tak takut kena suntik, cikgu.

Adehhh.....ala sikit je. Macam kena gigit semut.

Aduhhhh.....sakitnya . Makkkkkkk...

Uwaaaaaaaa......tolongggggggggg!

Dan......inilah Aiman Kecil....wajah pucatnya menjadi tangisan yang panjang. Selepas itu, dia mengaku dia malu kerana menangis , apa lagi bila murid perempuan tidak menangis.
No comments:
Post a Comment