Thursday, November 10, 2011

MINGGU MEMBACA 1 MALAYSIA

SK Jemukan telah menjalankan program Minggu Membaca 1 Malaysia dengan kerjasama scholarstic Malaysia dengan beberapa aktiviti yang membabitkan pembacaan murid-murid pada 31 Oktober 2011 hingga 4 November 2011.Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :

i. Aktiviti Membaca Secara Kelas.

Sasaran : Pra Sekolah hingga Tahun 6

Cara perlaksanaannya ialah dengan membekalkan bahan bacaan mengikut bakul untuk setiap kelas. Selain daripada membaca secara serentak, beberapa aktiviti lain juga dijalankan seperti bersyair, poem songs, big book dan bercerita. Aktiviti ini dijalankan daripada jam 0800 pagi sehingga 1200 tengahari.

ii. Pertandingan Teka Silang Kata

Sasaran : Tahun 4, 5 dan 6.

Cara perlaksanaannya ialah sekumpulan dianggotai oleh 3 orang murid yang pelbagai kebolehan . Mereka dikehendaki melengkapkan 2 Teka Silangkata selama sejam. Pemenang ditentukan dengan jumlah jawapan yang betul .

Keputusan Pertandingan :

Tahun 4 : Farah Nabilah, Nur Syafiqah dan Ainaa.

Tahun 5 : i. Mohd Sazani, Nurul Azana dan Sayidatina Zainal

ii Rusaimi, Mohd Firdaus dan Muhd Afiq

Tahun 6 : Mohd Hamizan , Nur Nabilah dan Nur Aqilah

iii. Pertandingan Cari Kata (Bahasa Melayu )

Sasaran : Tahun 1, 2 dan 3

Cara Perlaksanaannya ialah dengan mengagihkan kumpulan yang terdiri daripada 3 orang murid pelbagai kebolehan. Mereka dikehendaki mencari kata di dalam petak. Pemenang ditentukan dengan kumpulan yang tercepat melengkapkan jawapan.

Keputusan :

Tahun 1 : Nur Syaazwani Nabila, Nur Ashirah dan Nurainna Najiha

Tahun 2 : Aiman Jazli, Nur Ain Syuhada dan Ainnur

Tahun 3 : Nur Aida Fitra, Mohd Termizi dan Nur Azzarima

iv. Pertandingan Word Search (Bahasa Inggeris)

Sasaran : Tahun 4, 5 dan 6

Cara perlaksanaannya : Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang murid pelbagai kebolehan. Mereka dikehendaki mencari perkataan mengikut topic di dalam petak yang disediakan. Pemenang ditentukan dengan bilangan perkataan yang betul .

Keputusan :

Tahun 4 : Farah Nabilah, dan Mardhiyyah

Tahun 5 : Mohd Dzulfarhan, Mohd Naim dan Mohd Zulfikar

Tahun 6 : Nurul Mashitah, Nuraziezah dan Nur Fazlinda.

v. Persembahan Poems

Persembahan Poems Stage ini dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 2 di bawah bimbingan dan latihan Madam Tiong Maing Siong.


Gambar-gambar Aktiviti Program Membaca 1 Malaysia.

i. Aktiviti Membaca Di Dalam Kelas Secara Serentak.


ii. Pertandingan Teka Silang Kataiii. Pertandingan Cari Kata/Word Search

iv.Aktiviti Bigbookvi. Majlis Penutupan Minggu Membaca 1 Malaysia



Ucapan dan Penerangan oleh penyelaras program, Cikgu Liza Bujang merangkap Guru Perpustakaan dan Media.

Pihak Pengelola program berharap aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan dengan menambah lebih banyak aktiviti membaca di kalangan murid-murid SK Jemukan.


Friday, September 9, 2011

MERDEKA RAYA 2011

Sambutan Merdeka Raya peringkat sekolah disambut dengan meriahnya pada 9 September 2011 bersamaan 11 Syawal 1432H. Upacara perasmian dilakukan oleh Guru Besar SK Jemukan ,Cikgu Sejeli b. Saat.

Semua murid berkumpul di dewan sekolah untuk perasmian dan ucapan daripada Guru Besar.
Laungan kemerdekaan dan mengibarkan bendera Malaysia dengan riangnya. Inilah anak-anak yang bakal menerajui negara masa depan.
Selepas menyambut Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah, kami teruskan dengan sambutan aidlfitri pula. Kami mulakan dengan lawatan ke kelas-kelas.

Bersalam-salaman dan memohon maaf daripada semua guru.
Setelah selesai ziarah ukhuwah ke kelas-kelas, para guru dan staf sekolah menjamu selera di Bilik RMT. Semua lauk dan kuih-muih adalah sumbangan masing-masing secara 'pot luck '.


Kuih-muih yang sedap-sedap
Makanan berat tidak dilupakan :kuie tiaw, ayam pansoh, udang masak merah dan sebagainya.

Ketupat sate
pulut durian sumbangan tauke durian : Cikgu Seruji
Lauk kesihatan :ulam-ulaman
Alhamdulilah, terimakasih ya Allah atas nikmat yang diberikan kepada kami. Dengan ini semua staf SK Jemukan mengucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan SELAMAT HARI KEBANGSAAN untuk semua pembaca blog. MAAF ZAHIR BATHIN.

Friday, August 26, 2011

Penyerahan Baju Raya Sumbangan Sehelaibaju.com



Sehelaibaju.com atau nama asalnya SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIRMATA dirintis oleh Encik Ahmad Sa'abun dan Puan Sri Diah sejak tahun lepas. Tujuan team ialah mengumpul derma sehelai baju kemudian diserahkan kepada rumah anak-anak yatim dan rumah warga emas.Mereka menggunakan laman sosial FACEBOOK untuk melancarkan kempen ini seawal 1 Julai 2011. Sekolah kami atas usaha Cikgu Liza Bujang turut memohon bantuan untuk murid-murid yatim dan miskin seramai 37 orang murid dari Pra Sekolah umur 5 tahun sehingga Tahun 6 , 12 tahun.Akhirnya pada 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan, satu bungkusan mengandungi 39 pasang pakaian baru sampai dengan kos pos bernilai RM148.90 ditanggung sendiri oleh Encik Ahmad Saabun. Syukur alhamdulilah. Kami berterimakasih sangat-sangat kepada beliau suami isteri kerana bertungkus-lumus membuat 'sorting' pakaian mengikut saiz bahu yang diminta dan bersusah payah bukan sahaja dari segi tenaga tetapi juga masa dan wang ringgit.Kami memilih hari terakhir persekolahan sebelum sekolah ditutup untuk bercuti raya. Kami dapati anak-anak yang tahu dirinya mendapat baju baru begitu teruja sekali. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar, Encik Sejeli bin Saat. Beliau mengucapkan terimakasih kepada team Sehelaibaju.Com dan semua dermawan seluruh Malaysia , Brunei dan Singapura atas sumbangan derma ini. Beliau juga mengingatkan murid-murid yang menerima bantuan supaya menghargai segala sumbangan yang diterima dan belajar rajin-rajin agar masa depan sendiri tidak lagi dibelenggu kemiskinan.



Sebahagian murid yang mendengar amanat Guru Besar dengan khusyuk. Semoga kata-kata nasihat Guru Besar tersemai kukuh di hati anak-anak ini.
Majlis penyampaian pakaian baru kepada 40 orang murid dimulakan oleh Guru Besar , Encik Sejeli bin Saat.

Setelah menerima pakaian, mereka memakai untuk memastikan pakaian itu sesuai dengan saiz badan mereka. Ada juga yang tidak sesuai dan kami tukar kepada murid yang lebih besar. Guru-guru lain turut membantu murid-murid memakai pakaian tersebut.

Syukur alhamdulilah. Inilah wajah salah seorang anak murid Prasekolah 1 yang berumur 5 tahun. Jelas keceriaan di wajahnya ini.
Akhirnya kami mengadakan sesi bergambar secara beramai-ramai. Inilah wajah 40 orang anak-anak yang mendapat pakaian baru untuk menyambut aidilfitri yang bakal menjelang.
Adik Afif Hizami , murid Tahun 3, berhati-hati menyimpan pakaian barunya ke dalam plastik untuk dibawa pulang.

Sekali lagi pihak kami warga SK Jemukan dan murid-murid SK Jemukan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terimakasih kepada semua team SBBMSA @ Sehelaibaju.com dan semua dermawan atas sumbangan baju-baju raya ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa dan budi kalian. Semoga kehidupan kalian diberkati dan dimurahkan rezeki..amin.
Akhir kata , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATHIN.



Tuesday, August 9, 2011

TRAGEDI HUJAN RIBUT 8 OGOS 2011





Pada 8 Ogos 2011 bersamaan dengan 8 Ramadan, berlaku hujan ribut yang menyebabkan beberapa kerosakan berlaku di sekolah. Bangunan yang paling teruk terjejas ialah Dewan SK Jemukan.
Bahagian dindingnya terkopak dan berlubang.
Bahagian atap juga terkopak.
Sekeping atap yang terjatuh.

Keadaan atap bumbung dewan yang terkopak dari luar.Bahagian dalam dewan yang rosak.

Keadaan lapisan span yang bertaburan di bahagian luar dewan.
Atap tempat parkir juga terkopak oleh angin ribut yang kuat.





Bumbung bangunan JQAF juga terjejas oleh angin ribut.

Kami berharap kerosakan ini akan mendapat perhatian dan tindakan segera daripada pihak yang berkenaan khasnya bahagian pembangunan sekolah di PPD Samarahan.





Tuesday, July 26, 2011

Jom Tonton!!

Salam semua...Panita Pendidikan Islam & j-QAF SK Jemukan telah menghasilkan satu pembentangan berfokus dalam bentuk Power Point. Ini adalah untuk kegunaan sekiranya ada pemantauan daripada pihak Jabatan. Untuk maklumat lanjut, silalah ke blog rasmi Panitia Pendidikan Islam & j-QAF.

Wednesday, May 18, 2011

Majlis Hari Guru dan Persaraan wajib En.Daud Jemali







Sekolah Kebangsaan Jemukan telah mengadakan Majlis Hari Guru dan Majlis Persaraan wajib Encik Daud b. Jamali di Hotel Kuching Park, Kuching pada malam 16 Mei 2011.Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Adil bin Sedi.

Guru Besar, Encik Sejeli bin Saat menyampaikan kata-kata aluan.

Staf yang akan bersara pada 4 Jun 2011 , Encik Daud bin Jamali. Oleh kerana tarikh persaraannya jatuh pada cuti penggal pertama, maka majlis ini turut meraikan persaraan beliau.
Antara tetamu yang hadir, meja 1.Meja VIP, Guru Besar dan Penolong Kanan HEM, Encik Aziz bin Kuching.
Meja VIP, Encik Daud Jamali dan Cikgu Rabaiee.
Kumpulan Cikgu Syarifah Radin Wan Sidek

Kumpulan Saya, meja no 5.
Kumpulan Cikgu Saadiah Seruji.

Kek Hari Guru Sekolah Kebangsaan Jemukan 2011


Kemudian ada acara meniup kek dan memotongnya oleh Guru Besar, Guru penolong Kanan 1, Guru HEM dan Guru Kokurikulum. Turut serta En Daud yang bakal bersara.

Tidak dilupakan acara menyampaikan hadiah kepada Encik Daud sebagai cenderahati dan mengenang jasa.


Antara 4 hadiah yang disampaikan oleh Guru Besar ,Encik Daud Jemali.



Sedapnya sate yang membuka selera untuk kami menjamu selera.


Sedang menikmati makanan.
Masa menjamu selera, pihak lelaki dipersilakan untuk mengambil makanan.Men's first


Antara makanan yang disediakan

Sementara menjamu selera , cabutan bertuah diselang-selikan dengan karoeke oleh hadirin.


Cabutan bertuah dimenangi oleh Siti Zauyah

Juga dimenangi oleh isteri Cikgu Abdul Rahman

Cikgu Abdul Rahman turut memenangi hadiah cabutan bertuah

Cikgu Abdul Aziz turut memenangi hadiah.
Anak cikgu Seruji memenangi baucer makan di restoran Kuching Park sumbangan daripada pihak hotel

Hadiah cabutan bertuah dimenangi oleh Cikgu Zolkifli Mola.

Orang yang paling bertuah malam ini ialah Encik Daud.
Antara yang sudi menyumbang suara menghiburkan kami, Cikgu Bakri ,suami kepada cikgu Nurfatiah Lahat

Berduet dengan Ustazah Pajariah
Entah apa di 'peace' oleh Cikgu Fatiah,agaknya suka melihat suami menyanyi.


Cikgu Zolkifli dan Puan Hayati berduet menyampaikan lagu dangdut.

Cikgu Syarifah Radin berduet dengan Cikgu Abdul Taib

Cikgu Abdul Taib yang mempunyai suara yang merdu, juara karoeke hari guru tahun lepas.

Cikgu Abdul Taib berduet dengan Ustazah Pajariah

Cantik bergaya Puan Hayati menyampaikan lagu.

Bergurau senda , Cikgu Syarifah Radin berduet dengan Cikgu Zolkifli yang menyampaikan lagu lucu.

Wah...alhamdulilah, Encik Daud amat berpuas hati dengan majlis yang diadakan khas untuknya ini. Terimakasih Encik Daud atas segala sumbangan dan kepakaran sepanjang berkhidmat di SK Jemukan. Hanya Allah yang dapat membalas segalanya. Maaf zahir bathin daripada kami semua. SELAMAT BERSARA.