Thursday, November 4, 2010

Sekitar Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah di SK Jaie 2010

3 November 2010: SK Jemukan telah menyertai pertandingan bola sepak 11 sebelah anjuran SK Jaie. Seramai 18 orang pemain yang terdiri daripada pelajar tahun 6 dan tahun 5 telah dipilih untuk menggalas cabaran ke kejohanan tersebut. 3 orang guru pengiring telah mengiringi pelajar iaitu; Encik Saruji Naneng (PK KK), Encik Adil Sedi (Guru Kelab Bola Sepak) dan Encik A'Ali Musalam Shah Hamden (Jurulatih). SK Jemukan telah diundi dalam kumpulan B iaitu turut disertai oleh SK Jaie B, SK Serpan, SK Haji Kelali Semera, SK Terasi dan SK Sambir. Semua pasukan memperolehi kemenangan percuma berikutan penarikan diri di saat akhir oleh SK Sambir. Sebanyak empat perlawanan yang diharungi pemain sepanjang satu hari berkampung di SK Jaei yang bermua seawal jam 8 pagi. Permainan yang memakan masa 15 minit separuh masa ini telah berjaya diharungi oleh pelajar dengan jayanya. Namun begitu, pemain SK Jemukan tidak bernasib baik untuk mara ke separuh akhir setelah perbezaan jaringan dikira kerana menguti mata yang sama dengan SK Haji Kelali. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan:

SK Jemukan VS SK Serpan (2 : 0)
SK Jemukan VS SK Terasi (2 : 0)
SK Jemukan VS SK Jaie B (0 : 5)
SK Jemukan VS SK Haji Kelali (2 : 2)
SK Jemukan VS SK Sambir (2 : 0) kemenangan percuma

Setelah diamati, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan skuad sekolah pada kali ini:

  1. Kurang disiplin
  2. Perlawanan yang berterusan
  3. Kurang stamina
  4. Cuaca yang terlalu panas
  5. Kecederaan pemain utama

Diharap, pada penyertaan yang akan datang, pelajar dap
at lebih berdisiplin ketika menjalani latihan. "Practice make perfect"!





Tuesday, October 19, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Minggu ini merupakan minggu ulangkaji bagi semua pelajar-pelajar SK Jemukan. Minggu hadapan semua anak didik SK Jemukan akan "berperang" minda untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Bagi matapelajaran teras, pelajar akan menjawab soalan selaras yang telah digubal oleh guru-guru yang dipilih oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Samarahan. Manakala matapelajaran lain pula digubal sendiri oleh guru matapelajaran masing-masing. Diharapkan agar semua pelajar menggunakan kebolehan yang ada untuk menjawab soalan dengan baik dan jayanya untuk diterjemahkan kepada markah yang akan menentukan prestasi pelajar sebelum mereka meningkat naik pada tahun hadapan. Semoga berjaya!!!

Tuesday, August 10, 2010

Majlis Penyerahan Zakat oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia,Samarahan


Pada 6 Ogos 2010, Jumaat yang berkat, pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah datang berkunjung ke SK Jemukan untuk menyerahkan Zakat Bank Rakyat 2008 kepada murid-murid yang tidak mampu di SK Jemukan. Jumlah zakat yang diserahkan ialah sejumlah RM9350.00 untuk seramai 187 orang murid.

Dua orang pegawai daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia ,Samarahan iaitu Encik Abu Bakar b Jol dan Encik Ramdan b Abdullah.


Penolong Kanan 1 ,Encik Abdul Rahman dan Penolong Kanan HEM, Encik Aziz Kuching yang turut hadir menyaksikan upacara penyerahan zakat tersebut.

Upacara penyerahan cek replika untuk zakat RM9350.00 kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Guru Besar SK Jemukan, Encik Sejeli b Saat.

Upacara melafaz zakat yang dilakukan oleh Encik Abu Bakar dan Encik Sejeli .

Upacara menandatangani dokumen penyerahan zakat yang disaksikan oleh Encik Saruji b Naneng, PK KK.

Selesai sudah penyerahan majlis penyerahan zakat, tetamu yang datang tetap diraikan dengan jamuan ringan. Orang berbudi kita berbahasa. Terimakasih daun keladi kepada pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia di atas kemurahan hati mereka memberikan sumbangan kepada anak-anak yang tidak mampu. Di harap pada tahun-tahun hadapan , pihak Bank kerjasama Rakyat Malaysia akan meneruskan usaha sebegini untuk membantu anak-anak yang tidak mampu ini meneruskan pelajaran mereka.

Antara hidangan yang disediakan , kuih gelang dan kuih kaswi.

Kuah kacang sebagai peneman ketupat sate.

Ketupat sate yang putih bersih menggamit selera yang melihatnya.

Hidangan yang sedap, mi goreng. Terimakasih kepada isteri Guru Besar SK Jemukan yang sedia membantu menyediakan juadah jamuan ini.

Wednesday, August 4, 2010

Projek Bilik Rancangan Makanan Tambahan

Bilik Rancangan Makanan Tambahan pada awalnya adalah bilik yang diubahsuai oleh staf-staf SK Jemukan. Ia diperbuat daripada kayu dan papan dan bertingkat sedikit. Bilik RMT yang lama ini digunakan selama 9 tahun dan ia banyak menyumbangkan jasa kepada murid-murid SK Jemukan, warga SK Jemukan dan juga tetamu jemputan termasuk penduduk kampung Jemukan sendiri.
Kawasan yang sudah bersihkan dan ditabur batu-batu

Pada 7 Jun 2010, Sekolah Kebangsaan Jemukan memulakan projek memperbaharui Bilik RMT ini. Usaha ini mendapat sokongan padu oleh pihak PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) Samarahan dan didokong oleh staf SK Jemukan dan para ibu bapa sendiri. Kos pembiayaan projek ini dibiayai oleh pihak PPD dan kerja-kerja pembinaan dijalankan oleh staf SK Jemukan dan bapa-bapa murid sendiri secara gotong-royong. Sepanjang cuti semester Jun lepas, staf SK Jemukan seperti Encik Daud Jamali, Encik Bujang Sulai, Encik Rosli, Encik Kila dan Encik Ahmad bekerjasama merobohkan Bilik RMT lama sekaligus membersihkan kawasan tersebut.

Tangga lama yang menghubung Bangunan Pemulihan, Bilik Akses , Stor Buku dan Stor Makanan dengan Bilik RMT.




Kawasan lantai yang sudah disimenkan


Antara bapa-bapa dan staf SK Jemukan yang terlibat dalam gotong-royong .

Membancuh simen di padang bola jaring untuk kegunaan Bilik RMT

Sementara menunggu Bilik RMT ini siap sepenuhnya, program RMT masih dijalankan seperti biasa. Kami menggunakan Astaka sekolah untuk menjadi tempat penyediaan makanan dan memasak untuk murid-murid SK Jemukan. Alhamdulilah kerana program ini dijalankan dengan baik dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada murid-murid SK Jemukan.

Projek Bilik RMT ini dijangka siap sebelum Aidil Fitri 2010. Pihak sekolah mengucapkan terimakasih kepada PPD yang telah memberi sokongan padu dan peruntukan wang bagi menjayakan projek sekolah ini. Pihak sekolah juga mengucapkan terimakasih kepada pihak yang terlibat seperti bapa-bapa murid dan staf Sk Jemukan.

Thursday, May 20, 2010

HARI GURU 2010 : Part 3


Kek Hari Guru yang menjadi simbolik wajib setiap tahun. Tahun ini warna oren, perisa oren dan sungguh cantik dilihat. Ia akhirnya dibahagikan di antara semua warga SK Jemukan yang sudah kekenyangan.

Ayam Panggang yang baunya menggoda kami di Dewan sepanjang program dijalankan.

Jagung Bakar...melihat warna dan menghidu aromanya sahaja membuak rasa lapar. Kumpulan yang bertungkus-lumus membakar ayam dan jagung, En Kila, En. Rosli dan En Ahmad, staf SK Jemukan. Terima kasih.

Udang goreng bersalut tepung dan sate ayam. Yummy.....sampai sekarang dilihat semula membuat kecur air liur.


Rojak buah : nenas, timun, sengkuang dan epal hijau....salad orang melayu.


Ketupat dan kuah kacang.....dihidangkan panas-panas.


Pencuci mulut , agar-agar dan kuih tako.


Air oren dan tembikai penghilang dahaga.


Para tetamu jemputan menikmati hidangan dengan khusyuknya....tanpa menoleh kiri-kanan lagi.


Pertandingan karaoke antara guru ,staf dan AJK PIBG SK Jemukan. Ramai penyanyi berbakat rupanya. Cikgu Aziz dan Cikgu Abdul Rahman mewakili Pentadbiran SK Jemukan.


Wakil PIBG Sk Jemukan En Ahmad dan En Hasbi (YDP PIBG) mempersembahkan nyanyian.


Wakil PIBG , En. Maramat dan wakil guru SK Jemukan , Cikgu Abd Taib Salbi. Tak sangka sungguh , Cikgu Taib ini mempunyai bakat yang tinggi.....aduhhhh merdu suaranya.
Inilah kenangan SK Jemukan tahun 2010.....semoga segala bakti diteruskan dengan penuh bersemangat seperti lirik lagu ini .

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
walaupun sukar baktiku curah
demimu ibu pertiwi
sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
kukuhkan cinta kepada negara
berjasa terus berjasa
menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru pembina negara bangsa
gagah perjuangkan visi negara
bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
demi agama dan nusa tercinta

Guru pembina negara bangsa
tetap unggul senadakan suara
sehaluan menggapai matlamatnya
cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Wednesday, May 19, 2010

HARI GURU 2010 : Part 1

Perayaan Hari Guru Peringkat SK JEMUKAN telah diadakan pada 19 Mei 2010, Rabu. Tema Hari Guru tahun ini ialah : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.
Majlis ini dipengerusikan oleh Ustazah Hayati dan Cikgu Adil.


Antara tetamu jemputan ialah Ketua Kampung , Encik Jana dan Tuan Imam 1, Imam Saat .

Tahun ini pihak Tadika Kampung Jemukan Ulu dan Jemukan Laut juga turut terlibat dalam perayaan ini.

Ucapan wakil pelajar : Mohd Eiwan Aidy, Tahun 6.


Ucapan daripada Guru Besar SK JEMUKAN : En Sejeli Saat


Ucapan YDP PIBG sekolah : En Hasbi Husaini


Ucapan perpisahan daripada En. Rizal Ismail (Juruteknik Makmal Komputer) yang akan berpindah ke SK Kuala Kubu Bahru, Selangor.


Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh En. Abdul Rahman b Enjah.


Perutusan Hari Guru daripada Menteri Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh En. Zolkipli Mola.


Wajah anak-anak yang ceria menyambut Hari Guru. Murid-murid Tahun 5 dan Tadika.


Wajah-wajah yang ceria.

Murid-murid Pra Sekolah dan Tadika.


Kek Hari Guru tahun 2010, berwarna oren dan dua tingkat.


Guru-guru yang selesai menyanyikan lagu Guru Malaysia, Pendidik Bumi Kenyalang dan Guru Pembina Negara Bangsa.( kena jadi rockers sekejap bila bahagian akhir lagu kena tarik suara tinggi). Bacaan ikrar juga dilakukan dan dipimpin oleh Cikgu Aziz.


Acara memotong kek Hari Guru oleh 4 peneraju SK Jemukan , Guru Besar dan 3 penolong Kanannya.

HARI GURU 2010 : Part 2


Acara yang menarik ialah persembahan setiap kelas khas untuk semua guru dan warga SK Jemukan. Persembahan daripada Prasekolah 2 yang mempamerkan konsep 1 Malaysia dengan penggunaan pakaian berbagai kaum.

Persembahan daripada murid-murid Tahun 1 yang menyanyikan lagu : TERIMAKASIH CIKGU


Mohd Fathurrahman Al-Hakim , wakil Tahun 4 yang mempersembahkan Boria : Guru oh Guru. Lirik lagu borianya ditujukan khas untuk setiap guru yang mengajar di kelas tersebut....mengusik guru-gurunya. Lucu mendengar lirik yang dinyanyikan. Ada nada perli nampak...hahaha.

Murid Tahun 1 dan Murid Tahun 4.


Persembahan yang menarik juga daripada kelas Tahun 2 dan kelas Tahun 3. Pakaian yang digunakan oleh kelas Tahun 3 adalah uniform kelas KAFA (lelaki) dan uniform Putri Islam (perempuan).Ini pula persembahan murid kelas Tahun 6.

Penutup persembahan ialah kelas Prasekolah 1 . Kelihatan Pembantu Prasekolah ,Pn Norhayati memimpin dari jauh murid-muridnya melakukan persembahan.


Acara yang menjadi acara tradisi setiap tahun ialah acara bertukar hadiah antara guru, guru KAFA dan staf SK JEMUKAN. Setiap hadiah diberikan nombor dan ia diberikan berdasarkan cabutan undi. Hamper pula adalah hadiah untuk pertandingan karoeke.


Sebelum En. Rizal meninggalkan SK Jemukan, dia diberikan hadiah sebagai cenderahati dari semua warga SK Jemukan. Pesan kami, bawa bersama semua kenangan manis dan yang masam dan pahit itu lontarkan ke Laut China Selatan semasa menaiki belon. Maaf zahir bathin, Rizal.


Pertukaran hadiah : Cikgu Rahman mendapat hadiah Cikgu Aziz.


Guru Besar mendapat hadiah daripada Cikgu Seria.


Hadiah rebutan setiap tahun ialah hadiah NO 1 yang menjadi milik Guru Besar. Tahun ini pemenang hadiah No 1 tersebut ialah Puan Rachel Reda.