Friday, May 18, 2012

HARI GURU 2012

Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2012, Rabu yang lalu. Tema perayaan Hari Guru tahun ini ialah GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. Perbagai acara diadakan seperti ucapan Guru Besar, ucapan ketua murid, ceramah pendek oleh guru-guru pelatih JQaf, persembahan murid seperti sajak dan lagu serta ikrar guru dan nyanyian hari guru oleh guru-guru SK Jemukan.
Kad Ucapan daripada En Saberi dan anak-anaknya.

Kek Hari Guru 2012

Murid-murid Prasekolah

Murid-murid SK Jemukan

Pengacara majlis, En Adil Sedi dan juruteknik, Ustaz Ali

Ucapan perasmian , Guru Besar En. Sejeli Saat

Ucapan daripada Ketua Murid

Bacaan Ikrar guru dipimpin oleh Encik Aziz

Ceramah Adab Murid oleh Ustaz Nor Hafiz

Ceramah Ustazah Nor Kamisah

Ceramah Ustazah Nur Hamiza

Persembahan lagu Terimakasih Cikgu oleh murid-murid Tahun 5

Persembahan nyanyian oleh muridmurid Tahun 5

Deklamasi sajak oleh Mohd Shazani
Ucapan oleh Cikgu Hamizah
Cenderahari Cikgu Hamizah kepada pihak sekolah
cenderahati sekolah kepada Cikgu Hamizah

Cenderahati Cikgu Hamizah kepada Cikgu Nurfathiah

Persembahan 3 lagu dari guru-guru SK Jemukan

Acara memotong kek oleh Guru Besar dan 3 Penolong Kanan
 Selepas selesai acara majlis, maka jamuan menjadi acara penutup yang manis...:)
Makanan-makanan jamuan Hari Guru.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA SK JEMUKAN , SEMOGA SEGALA USAHA BAKTI KITA MELAHIRKAN GENERASI YANG CEMERLANG DAN GEMILANG. MOGA KITA TERUS BERBAKTI DENGAN PENUH DEDIKASI DAN KETABAHAN.

Thursday, February 23, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2012

Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK Jemukan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 16 Februari 2012, Khamis bermula jam 12.50 tengahari sehingga jam 5 petang. Majlis dimulakan dengan bersolat Zohor berjemaah semua murid dan warga SK Jemukan di bilik j-QAF. Kemudian diadakan jamuan makan tengahari beramai-ramai.

Jamuan makan tengahari

Majlis diteruskan dengan Pertandingan Bercerita Kisah Nabi oleh seramai 11 orang murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh guru j-QAF baru, Encik Nor Hafiz

Bacaan Al Quran oleh Mohd Ismawi
Ucapan perasmian oleh PK KK, Encik Seruji Naneng


Guru-guru yang hadir termasuk guru-guru KAFA

Pengacara majlis, Cikgu Adil Sedi

Barisan peserta menunggu giliran dengan sabar.

Panel hakim, Cikgu Syarifah Raden, Cikgu Mariani dan Cikgu Sabri

Murid-murid berpakaian KAFA (Tahun 1 sehingga Tahun 6)

Para peserta bercerita dengan gaya yang tersendiri .

Syabas di atas keberanian untuk tampil di atas pentas.
Setelah selesai pertandingan, guru-guru berselawat ke atas junjungan kita Rasulullah S.A.W


Ketua hakim , Cikgu Saat mengumumkan keputusan dan refleksi pertandingan.Pemenang kedua dimenangi oleh Fathin Ayuni, Tahun 5.

Juara pertandingan bercerita Kisah Nabi, Mohd Sazani Dewek, tahun 6.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah untuk mengadakan program seumpama ini pada masa akan datang dengan lebih banyak aktiviti dan perlibatan murid-murid.



Thursday, February 9, 2012

PERARAKAN MAULIDUR RASUL 2012


Inilah hadiah yang kami menangi dalam perarakan ini.

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kecil Sadong Jaya oleh Sambutan Kesenian Islam telah diadakan pada 5 Februari 2012 (Ahad) di Kampung Semera. Perarakan sejauh 2 km ini bertemakan PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH dirasmikan oleh ahli Parlimen Batang Sadong YB Nancy Shukri. Sambutan ini sebenarnya telah dimulakan sejak 3 Februari dengan beberapa pertandingan antaranya pertandingan bercerita kisah-kisah Nabi. Pelajar SK Jemukan, Mohd Sazani Dewek telah menjadi juara pertandingan ini. Sementara kontijen SK Jemukan telah merangkul tempat ke tiga. Juara perarakan dimenangi oleh Kontinjen Komuniti Bestari 1 Malaysia Sadong Jaya dan naib juaranya pula ialah Kontinjen SK Iboi Pelandok.

Sedingin awal pagi, Cikgu Aidil membuat sentuhan terakhir .

Inilah sepanduk sekolah kami

Membawa sepanduk menggunakan kereta Cikgu Aziz

Inilah barisan kami yang ikhlas berjuang.

Berbaris mendengar ucapan.

Barisan guru wanita, warna ungu tua.

Suasana dalam dewan Semera.

Kumpulan cikgu lelaki duduk berehat selepas perarakan.

Murid-murid berehat sambil menjamu selera di luar dewan.

Sebahagian duduk di dalam dewan.

Antara kontinjen yang menyertai perarakan.