Thursday, May 20, 2010

HARI GURU 2010 : Part 3


Kek Hari Guru yang menjadi simbolik wajib setiap tahun. Tahun ini warna oren, perisa oren dan sungguh cantik dilihat. Ia akhirnya dibahagikan di antara semua warga SK Jemukan yang sudah kekenyangan.

Ayam Panggang yang baunya menggoda kami di Dewan sepanjang program dijalankan.

Jagung Bakar...melihat warna dan menghidu aromanya sahaja membuak rasa lapar. Kumpulan yang bertungkus-lumus membakar ayam dan jagung, En Kila, En. Rosli dan En Ahmad, staf SK Jemukan. Terima kasih.

Udang goreng bersalut tepung dan sate ayam. Yummy.....sampai sekarang dilihat semula membuat kecur air liur.


Rojak buah : nenas, timun, sengkuang dan epal hijau....salad orang melayu.


Ketupat dan kuah kacang.....dihidangkan panas-panas.


Pencuci mulut , agar-agar dan kuih tako.


Air oren dan tembikai penghilang dahaga.


Para tetamu jemputan menikmati hidangan dengan khusyuknya....tanpa menoleh kiri-kanan lagi.


Pertandingan karaoke antara guru ,staf dan AJK PIBG SK Jemukan. Ramai penyanyi berbakat rupanya. Cikgu Aziz dan Cikgu Abdul Rahman mewakili Pentadbiran SK Jemukan.


Wakil PIBG Sk Jemukan En Ahmad dan En Hasbi (YDP PIBG) mempersembahkan nyanyian.


Wakil PIBG , En. Maramat dan wakil guru SK Jemukan , Cikgu Abd Taib Salbi. Tak sangka sungguh , Cikgu Taib ini mempunyai bakat yang tinggi.....aduhhhh merdu suaranya.
Inilah kenangan SK Jemukan tahun 2010.....semoga segala bakti diteruskan dengan penuh bersemangat seperti lirik lagu ini .

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
walaupun sukar baktiku curah
demimu ibu pertiwi
sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
kukuhkan cinta kepada negara
berjasa terus berjasa
menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru pembina negara bangsa
gagah perjuangkan visi negara
bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
demi agama dan nusa tercinta

Guru pembina negara bangsa
tetap unggul senadakan suara
sehaluan menggapai matlamatnya
cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Wednesday, May 19, 2010

HARI GURU 2010 : Part 1

Perayaan Hari Guru Peringkat SK JEMUKAN telah diadakan pada 19 Mei 2010, Rabu. Tema Hari Guru tahun ini ialah : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.
Majlis ini dipengerusikan oleh Ustazah Hayati dan Cikgu Adil.


Antara tetamu jemputan ialah Ketua Kampung , Encik Jana dan Tuan Imam 1, Imam Saat .

Tahun ini pihak Tadika Kampung Jemukan Ulu dan Jemukan Laut juga turut terlibat dalam perayaan ini.

Ucapan wakil pelajar : Mohd Eiwan Aidy, Tahun 6.


Ucapan daripada Guru Besar SK JEMUKAN : En Sejeli Saat


Ucapan YDP PIBG sekolah : En Hasbi Husaini


Ucapan perpisahan daripada En. Rizal Ismail (Juruteknik Makmal Komputer) yang akan berpindah ke SK Kuala Kubu Bahru, Selangor.


Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh En. Abdul Rahman b Enjah.


Perutusan Hari Guru daripada Menteri Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh En. Zolkipli Mola.


Wajah anak-anak yang ceria menyambut Hari Guru. Murid-murid Tahun 5 dan Tadika.


Wajah-wajah yang ceria.

Murid-murid Pra Sekolah dan Tadika.


Kek Hari Guru tahun 2010, berwarna oren dan dua tingkat.


Guru-guru yang selesai menyanyikan lagu Guru Malaysia, Pendidik Bumi Kenyalang dan Guru Pembina Negara Bangsa.( kena jadi rockers sekejap bila bahagian akhir lagu kena tarik suara tinggi). Bacaan ikrar juga dilakukan dan dipimpin oleh Cikgu Aziz.


Acara memotong kek Hari Guru oleh 4 peneraju SK Jemukan , Guru Besar dan 3 penolong Kanannya.

HARI GURU 2010 : Part 2


Acara yang menarik ialah persembahan setiap kelas khas untuk semua guru dan warga SK Jemukan. Persembahan daripada Prasekolah 2 yang mempamerkan konsep 1 Malaysia dengan penggunaan pakaian berbagai kaum.

Persembahan daripada murid-murid Tahun 1 yang menyanyikan lagu : TERIMAKASIH CIKGU


Mohd Fathurrahman Al-Hakim , wakil Tahun 4 yang mempersembahkan Boria : Guru oh Guru. Lirik lagu borianya ditujukan khas untuk setiap guru yang mengajar di kelas tersebut....mengusik guru-gurunya. Lucu mendengar lirik yang dinyanyikan. Ada nada perli nampak...hahaha.

Murid Tahun 1 dan Murid Tahun 4.


Persembahan yang menarik juga daripada kelas Tahun 2 dan kelas Tahun 3. Pakaian yang digunakan oleh kelas Tahun 3 adalah uniform kelas KAFA (lelaki) dan uniform Putri Islam (perempuan).Ini pula persembahan murid kelas Tahun 6.

Penutup persembahan ialah kelas Prasekolah 1 . Kelihatan Pembantu Prasekolah ,Pn Norhayati memimpin dari jauh murid-muridnya melakukan persembahan.


Acara yang menjadi acara tradisi setiap tahun ialah acara bertukar hadiah antara guru, guru KAFA dan staf SK JEMUKAN. Setiap hadiah diberikan nombor dan ia diberikan berdasarkan cabutan undi. Hamper pula adalah hadiah untuk pertandingan karoeke.


Sebelum En. Rizal meninggalkan SK Jemukan, dia diberikan hadiah sebagai cenderahati dari semua warga SK Jemukan. Pesan kami, bawa bersama semua kenangan manis dan yang masam dan pahit itu lontarkan ke Laut China Selatan semasa menaiki belon. Maaf zahir bathin, Rizal.


Pertukaran hadiah : Cikgu Rahman mendapat hadiah Cikgu Aziz.


Guru Besar mendapat hadiah daripada Cikgu Seria.


Hadiah rebutan setiap tahun ialah hadiah NO 1 yang menjadi milik Guru Besar. Tahun ini pemenang hadiah No 1 tersebut ialah Puan Rachel Reda.

Sunday, May 16, 2010

GOTONG-ROYONG PERDANA 1/2010


Gotong-royong perdana 2010 telah diadakan pada 15 Mei 2010, Sabtu. Seramai lebih kurang 90 orang ibubapa dan 20 orang guru dan staf SK Jemukan terlibat dalam gotong-royong ini. Meskipun hari hujan renyai-renyai namun usaha tetap diteruskan membersihkan kawasan persekitaran sekolah. Murid-murid yang terlibat ialah Tahun 4, 5 dan 6.


Idris dan Nazreen, murid Tahun 6 mengangkut tanah menggunakan kereta sorong.

Fahmi dan Fadillah ,murid-murid Tahun 5 mengangkut batu menggunakan pongkes.

Anak Guru Besar SK Jemukan, Amiruddin Sejeli juga turut bergotong royong mengangkut tanah menggunakan kereta sorong. Hmm...seperti orang menyertai acara larian kereta sorong sahaja lagaknya....hahaha.

Encik Daud Jemali sibuk membuat perparitan di sebelah bilik RMT.

Kumpulan ibu yang berusaha hendak membuat lanskap bunga lain di tapak semaian di blok pentadbiran dan kelas.

Gambar tak berapa jelas....kumpulan yang membersihkan kawasan makmal komputer. Yang lelaki tu 'interframe', hahaha....tukang angkut air.


Kumpulan yang mengindahkan kawasan Prasekolah 1.

Kumpulan yang membersihkan kawasan bunga di sepanjang jalan masuk ke sekolah.


Kumpulan yang membersihkan kawasan bunga di sepanjang jalan masuk ke sekolah...siap sedia payung tetapi rela berhujan demi menyiapkan tugas gotong-royong.


Siapa gerangan lelaki misteri menggunakan baju hujan itu? Dia sibuk mengutip sampah di kawasan sepanjang longkang.


Tidak ketinggalan kumpulan yang bertungkus-lumus menyiapkan minuman dan makanan untuk gotong-royong perdana hari itu.

Break time.....sedang menikmati milo panas dalam hujan yang sejuk.

Bernual sambil minum. Khusyuk benar Cikgu Seruji dan Cikgu Taib mendengar cerita Rizal.


Kaum lelaki yang sibuk bersembang sambil menikmati minuman dan makanan yang disediakan.

Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam gotong-royong perdana tersebut. Semoga kerjasama ini tetap diteruskan pada masa-masa akan datang.