Thursday, February 9, 2012

PERARAKAN MAULIDUR RASUL 2012


Inilah hadiah yang kami menangi dalam perarakan ini.

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kecil Sadong Jaya oleh Sambutan Kesenian Islam telah diadakan pada 5 Februari 2012 (Ahad) di Kampung Semera. Perarakan sejauh 2 km ini bertemakan PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH dirasmikan oleh ahli Parlimen Batang Sadong YB Nancy Shukri. Sambutan ini sebenarnya telah dimulakan sejak 3 Februari dengan beberapa pertandingan antaranya pertandingan bercerita kisah-kisah Nabi. Pelajar SK Jemukan, Mohd Sazani Dewek telah menjadi juara pertandingan ini. Sementara kontijen SK Jemukan telah merangkul tempat ke tiga. Juara perarakan dimenangi oleh Kontinjen Komuniti Bestari 1 Malaysia Sadong Jaya dan naib juaranya pula ialah Kontinjen SK Iboi Pelandok.

Sedingin awal pagi, Cikgu Aidil membuat sentuhan terakhir .

Inilah sepanduk sekolah kami

Membawa sepanduk menggunakan kereta Cikgu Aziz

Inilah barisan kami yang ikhlas berjuang.

Berbaris mendengar ucapan.

Barisan guru wanita, warna ungu tua.

Suasana dalam dewan Semera.

Kumpulan cikgu lelaki duduk berehat selepas perarakan.

Murid-murid berehat sambil menjamu selera di luar dewan.

Sebahagian duduk di dalam dewan.

Antara kontinjen yang menyertai perarakan.


No comments:

Post a Comment