Wednesday, August 4, 2010

Projek Bilik Rancangan Makanan Tambahan

Bilik Rancangan Makanan Tambahan pada awalnya adalah bilik yang diubahsuai oleh staf-staf SK Jemukan. Ia diperbuat daripada kayu dan papan dan bertingkat sedikit. Bilik RMT yang lama ini digunakan selama 9 tahun dan ia banyak menyumbangkan jasa kepada murid-murid SK Jemukan, warga SK Jemukan dan juga tetamu jemputan termasuk penduduk kampung Jemukan sendiri.
Kawasan yang sudah bersihkan dan ditabur batu-batu

Pada 7 Jun 2010, Sekolah Kebangsaan Jemukan memulakan projek memperbaharui Bilik RMT ini. Usaha ini mendapat sokongan padu oleh pihak PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) Samarahan dan didokong oleh staf SK Jemukan dan para ibu bapa sendiri. Kos pembiayaan projek ini dibiayai oleh pihak PPD dan kerja-kerja pembinaan dijalankan oleh staf SK Jemukan dan bapa-bapa murid sendiri secara gotong-royong. Sepanjang cuti semester Jun lepas, staf SK Jemukan seperti Encik Daud Jamali, Encik Bujang Sulai, Encik Rosli, Encik Kila dan Encik Ahmad bekerjasama merobohkan Bilik RMT lama sekaligus membersihkan kawasan tersebut.

Tangga lama yang menghubung Bangunan Pemulihan, Bilik Akses , Stor Buku dan Stor Makanan dengan Bilik RMT.




Kawasan lantai yang sudah disimenkan


Antara bapa-bapa dan staf SK Jemukan yang terlibat dalam gotong-royong .

Membancuh simen di padang bola jaring untuk kegunaan Bilik RMT

Sementara menunggu Bilik RMT ini siap sepenuhnya, program RMT masih dijalankan seperti biasa. Kami menggunakan Astaka sekolah untuk menjadi tempat penyediaan makanan dan memasak untuk murid-murid SK Jemukan. Alhamdulilah kerana program ini dijalankan dengan baik dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada murid-murid SK Jemukan.

Projek Bilik RMT ini dijangka siap sebelum Aidil Fitri 2010. Pihak sekolah mengucapkan terimakasih kepada PPD yang telah memberi sokongan padu dan peruntukan wang bagi menjayakan projek sekolah ini. Pihak sekolah juga mengucapkan terimakasih kepada pihak yang terlibat seperti bapa-bapa murid dan staf Sk Jemukan.

No comments:

Post a Comment