Friday, August 26, 2011

Penyerahan Baju Raya Sumbangan Sehelaibaju.com



Sehelaibaju.com atau nama asalnya SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIRMATA dirintis oleh Encik Ahmad Sa'abun dan Puan Sri Diah sejak tahun lepas. Tujuan team ialah mengumpul derma sehelai baju kemudian diserahkan kepada rumah anak-anak yatim dan rumah warga emas.Mereka menggunakan laman sosial FACEBOOK untuk melancarkan kempen ini seawal 1 Julai 2011. Sekolah kami atas usaha Cikgu Liza Bujang turut memohon bantuan untuk murid-murid yatim dan miskin seramai 37 orang murid dari Pra Sekolah umur 5 tahun sehingga Tahun 6 , 12 tahun.Akhirnya pada 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan, satu bungkusan mengandungi 39 pasang pakaian baru sampai dengan kos pos bernilai RM148.90 ditanggung sendiri oleh Encik Ahmad Saabun. Syukur alhamdulilah. Kami berterimakasih sangat-sangat kepada beliau suami isteri kerana bertungkus-lumus membuat 'sorting' pakaian mengikut saiz bahu yang diminta dan bersusah payah bukan sahaja dari segi tenaga tetapi juga masa dan wang ringgit.Kami memilih hari terakhir persekolahan sebelum sekolah ditutup untuk bercuti raya. Kami dapati anak-anak yang tahu dirinya mendapat baju baru begitu teruja sekali. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar, Encik Sejeli bin Saat. Beliau mengucapkan terimakasih kepada team Sehelaibaju.Com dan semua dermawan seluruh Malaysia , Brunei dan Singapura atas sumbangan derma ini. Beliau juga mengingatkan murid-murid yang menerima bantuan supaya menghargai segala sumbangan yang diterima dan belajar rajin-rajin agar masa depan sendiri tidak lagi dibelenggu kemiskinan.



Sebahagian murid yang mendengar amanat Guru Besar dengan khusyuk. Semoga kata-kata nasihat Guru Besar tersemai kukuh di hati anak-anak ini.
Majlis penyampaian pakaian baru kepada 40 orang murid dimulakan oleh Guru Besar , Encik Sejeli bin Saat.

Setelah menerima pakaian, mereka memakai untuk memastikan pakaian itu sesuai dengan saiz badan mereka. Ada juga yang tidak sesuai dan kami tukar kepada murid yang lebih besar. Guru-guru lain turut membantu murid-murid memakai pakaian tersebut.

Syukur alhamdulilah. Inilah wajah salah seorang anak murid Prasekolah 1 yang berumur 5 tahun. Jelas keceriaan di wajahnya ini.
Akhirnya kami mengadakan sesi bergambar secara beramai-ramai. Inilah wajah 40 orang anak-anak yang mendapat pakaian baru untuk menyambut aidilfitri yang bakal menjelang.
Adik Afif Hizami , murid Tahun 3, berhati-hati menyimpan pakaian barunya ke dalam plastik untuk dibawa pulang.

Sekali lagi pihak kami warga SK Jemukan dan murid-murid SK Jemukan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terimakasih kepada semua team SBBMSA @ Sehelaibaju.com dan semua dermawan atas sumbangan baju-baju raya ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa dan budi kalian. Semoga kehidupan kalian diberkati dan dimurahkan rezeki..amin.
Akhir kata , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATHIN.



No comments:

Post a Comment