Wednesday, April 21, 2010

Perkhidmatan Pergigian 2010

Klinik Pergigian Samarahan telah menjalankan program pergigian di SK Jemukan selama 3 hari iaitu pada 19 April sehingga 21 April 2010. Program ini dijalankan setiap tahun untuk memastikan kesihatan gigi murid-murid sekolah terjaga dan dipantau setiap masa. Selain daripada memeriksa kesihatan gigi, mereka juga mengadakan ceramah tentang kesihatan gigi dan mendemonstrasi cara-cara membersihkan gigi dengan betul.
Dua orang jururawat tengah melengkapkan kad hijau (kad maklumat murid-murid) dan menyediakan ubatan.


Pra sekolah juga turut terlibat dalam program ini.


Alahai....jangan keraskan badan , tak sakitlah dik.


Asal pegang kepala....tensen ke bila kena periksa?


Inilah jasa petugas kesihatan, tetap senyum walau banyak tugas yang perlu dilakukan.


Aktiviti memberus gigi selepas makan di RMT. Pandai murid-murid ini mencari 'port' yang sesuai.


Jangan malu bila memberus gigi....lebih baik daripada malu kerana gigi kuning.

Setiap tahun perkhidmatan ini disediakan. Apa yang penting ialah kesedaran untuk murid-murid menjaga kesihatan gigi mereka supaya sihat dan cantik.

No comments:

Post a Comment