Friday, April 16, 2010

Majlis Perpisahan Guru Pelatih KPLISR 2010

SK Jemukan menerima 4 orang guru pelatih KPLISR dari IPGM Kampus Tun Abdul Razak, Samarahan yang menjalani latihan praktikum pada 14 Januari 2010 hingga 16 April 2010. 2 daripadanya iaitu En. Azlan Dairy dan En Ariffin Amin mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani dan 2 lagi iaitu Cik Josephine dan Cik Jessy mengambil pengkhususan Sains Sosial. Guru pembimbing yang dilantik untuk membimbing mereka ialah Cik Liza Bujang (Pendidikan Jasmani ) dan Encik Abdul Rahman Enjah ( Sains Sosial).
Sepanjang masa mereka menjalani tempoh latihan Praktikum , keempat-empat mereka menunjukkan komitmen yang tinggi kepada sekolah. Mereka berupaya menjadi guru yang dedikasi dan mesra penyayang kepada murid-murid SK Jemukan. Tidak hairanlah jika mereka disayangi oleh semua murid sekolah dan disenangi oleh semua warga SK Jemukan.

Cik Jessy melayan kemanjaan anak-anak muridnya.

Sesi Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4 yang dijalankan oleh En. Ariffin ak Amin. kemahiran yang diajar ialah keseimbangan.


Sesi Pengajaran pembelajaran Pendidikan Jasmani kelas Tahun 1 yang dijalankan oleh En. Azlan Dairy. Kemahiran yang diajar ialah gelung rotan.




Sesi bertukar-tukar hadiah. Wakil Guru Pelatih, Encik Ariffin ak Amin menyampaikan hadiah 'bunting' dan signboard penunjuk arah SK Jemukan kepada Guru Besar SK Jemukan, Encik Sejeli b. Saat.


Signboard penunjuk arah SK Jemukan yang dihadiahkan oleh kumpulan guru pelatih. Terima kasih cikgu-cikgu.Akhir sekali kelas Tahun 6 menyampaikan lagu 'TERIMA KASIH CIKGU" kepada guru-guru pelatih yang meninggalkan SK Jemukan hari ini.

Semoga cikgu-cikgu ini berjaya dalam kerjaya perguruan dan mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi.


No comments:

Post a Comment