Selepas menyambut Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah, kami teruskan dengan sambutan aidlfitri pula. Kami mulakan dengan lawatan ke kelas-kelas.
Friday, September 9, 2011
MERDEKA RAYA 2011
Sambutan Merdeka Raya peringkat sekolah disambut dengan meriahnya pada 9 September 2011 bersamaan 11 Syawal 1432H. Upacara perasmian dilakukan oleh Guru Besar SK Jemukan ,Cikgu Sejeli b. Saat.

Semua murid berkumpul di dewan sekolah untuk perasmian dan ucapan daripada Guru Besar.
Laungan kemerdekaan dan mengibarkan bendera Malaysia dengan riangnya. Inilah anak-anak yang bakal menerajui negara masa depan.
Selepas menyambut Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah, kami teruskan dengan sambutan aidlfitri pula. Kami mulakan dengan lawatan ke kelas-kelas.





Bersalam-salaman dan memohon maaf daripada semua guru.

Setelah selesai ziarah ukhuwah ke kelas-kelas, para guru dan staf sekolah menjamu selera di Bilik RMT. Semua lauk dan kuih-muih adalah sumbangan masing-masing secara 'pot luck '.

Selepas menyambut Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah, kami teruskan dengan sambutan aidlfitri pula. Kami mulakan dengan lawatan ke kelas-kelas.
Friday, August 26, 2011
Penyerahan Baju Raya Sumbangan Sehelaibaju.com
Sehelaibaju.com atau nama asalnya SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIRMATA dirintis oleh Encik Ahmad Sa'abun dan Puan Sri Diah sejak tahun lepas. Tujuan team ialah mengumpul derma sehelai baju kemudian diserahkan kepada rumah anak-anak yatim dan rumah warga emas.Mereka menggunakan laman sosial FACEBOOK untuk melancarkan kempen ini seawal 1 Julai 2011. Sekolah kami atas usaha Cikgu Liza Bujang turut memohon bantuan untuk murid-murid yatim dan miskin seramai 37 orang murid dari Pra Sekolah umur 5 tahun sehingga Tahun 6 , 12 tahun.Akhirnya pada 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan, satu bungkusan mengandungi 39 pasang pakaian baru sampai dengan kos pos bernilai RM148.90 ditanggung sendiri oleh Encik Ahmad Saabun. Syukur alhamdulilah. Kami berterimakasih sangat-sangat kepada beliau suami isteri kerana bertungkus-lumus membuat 'sorting' pakaian mengikut saiz bahu yang diminta dan bersusah payah bukan sahaja dari segi tenaga tetapi juga masa dan wang ringgit.
Setelah menerima pakaian, mereka memakai untuk memastikan pakaian itu sesuai dengan saiz badan mereka. Ada juga yang tidak sesuai dan kami tukar kepada murid yang lebih besar. Guru-guru lain turut membantu murid-murid memakai pakaian tersebut.
Sekali lagi pihak kami warga SK Jemukan dan murid-murid SK Jemukan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terimakasih kepada semua team SBBMSA @ Sehelaibaju.com dan semua dermawan atas sumbangan baju-baju raya ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa dan budi kalian. Semoga kehidupan kalian diberkati dan dimurahkan rezeki..amin.
Akhir kata , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATHIN.
Tuesday, August 9, 2011
TRAGEDI HUJAN RIBUT 8 OGOS 2011
Pada 8 Ogos 2011 bersamaan dengan 8 Ramadan, berlaku hujan ribut yang menyebabkan beberapa kerosakan berlaku di sekolah. Bangunan yang paling teruk terjejas ialah Dewan SK Jemukan.
Keadaan atap bumbung dewan yang terkopak dari luar.
Keadaan lapisan span yang bertaburan di bahagian luar dewan.
Atap tempat parkir juga terkopak oleh angin ribut yang kuat.
Bumbung bangunan JQAF juga terjejas oleh angin ribut.
Kami berharap kerosakan ini akan mendapat perhatian dan tindakan segera daripada pihak yang berkenaan khasnya bahagian pembangunan sekolah di PPD Samarahan.
Tuesday, July 26, 2011
Jom Tonton!!
Salam semua...Panita Pendidikan Islam & j-QAF SK Jemukan telah menghasilkan satu pembentangan berfokus dalam bentuk Power Point. Ini adalah untuk kegunaan sekiranya ada pemantauan daripada pihak Jabatan. Untuk maklumat lanjut, silalah ke blog rasmi Panitia Pendidikan Islam & j-QAF.
Wednesday, May 18, 2011
Majlis Hari Guru dan Persaraan wajib En.Daud Jemali
Kek Hari Guru Sekolah Kebangsaan Jemukan 2011
Kemudian ada acara meniup kek dan memotongnya oleh Guru Besar, Guru penolong Kanan 1, Guru HEM dan Guru Kokurikulum. Turut serta En Daud yang bakal bersara.
Tidak dilupakan acara menyampaikan hadiah kepada Encik Daud sebagai cenderahati dan mengenang jasa.
Sedapnya sate yang membuka selera untuk kami menjamu selera.
Masa menjamu selera, pihak lelaki dipersilakan untuk mengambil makanan.Men's first
Antara makanan yang disediakan
Sementara menjamu selera , cabutan bertuah diselang-selikan dengan karoeke oleh hadirin.
Cabutan bertuah dimenangi oleh Siti Zauyah
Juga dimenangi oleh isteri Cikgu Abdul Rahman
Cikgu Abdul Rahman turut memenangi hadiah cabutan bertuah
Cikgu Abdul Aziz turut memenangi hadiah.
Anak cikgu Seruji memenangi baucer makan di restoran Kuching Park sumbangan daripada pihak hotel

Hadiah cabutan bertuah dimenangi oleh Cikgu Zolkifli Mola.

Orang yang paling bertuah malam ini ialah Encik Daud.
Hadiah cabutan bertuah dimenangi oleh Cikgu Zolkifli Mola.
Orang yang paling bertuah malam ini ialah Encik Daud.
Wah...alhamdulilah, Encik Daud amat berpuas hati dengan majlis yang diadakan khas untuknya ini. Terimakasih Encik Daud atas segala sumbangan dan kepakaran sepanjang berkhidmat di SK Jemukan. Hanya Allah yang dapat membalas segalanya. Maaf zahir bathin daripada kami semua. SELAMAT BERSARA.
Subscribe to:
Posts (Atom)