Wednesday, May 18, 2011

Majlis Hari Guru dan Persaraan wajib En.Daud Jemali







Sekolah Kebangsaan Jemukan telah mengadakan Majlis Hari Guru dan Majlis Persaraan wajib Encik Daud b. Jamali di Hotel Kuching Park, Kuching pada malam 16 Mei 2011.Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Adil bin Sedi.

Guru Besar, Encik Sejeli bin Saat menyampaikan kata-kata aluan.

Staf yang akan bersara pada 4 Jun 2011 , Encik Daud bin Jamali. Oleh kerana tarikh persaraannya jatuh pada cuti penggal pertama, maka majlis ini turut meraikan persaraan beliau.
Antara tetamu yang hadir, meja 1.Meja VIP, Guru Besar dan Penolong Kanan HEM, Encik Aziz bin Kuching.
Meja VIP, Encik Daud Jamali dan Cikgu Rabaiee.
Kumpulan Cikgu Syarifah Radin Wan Sidek

Kumpulan Saya, meja no 5.
Kumpulan Cikgu Saadiah Seruji.

Kek Hari Guru Sekolah Kebangsaan Jemukan 2011


Kemudian ada acara meniup kek dan memotongnya oleh Guru Besar, Guru penolong Kanan 1, Guru HEM dan Guru Kokurikulum. Turut serta En Daud yang bakal bersara.

Tidak dilupakan acara menyampaikan hadiah kepada Encik Daud sebagai cenderahati dan mengenang jasa.


Antara 4 hadiah yang disampaikan oleh Guru Besar ,Encik Daud Jemali.



Sedapnya sate yang membuka selera untuk kami menjamu selera.


Sedang menikmati makanan.
Masa menjamu selera, pihak lelaki dipersilakan untuk mengambil makanan.Men's first


Antara makanan yang disediakan

Sementara menjamu selera , cabutan bertuah diselang-selikan dengan karoeke oleh hadirin.


Cabutan bertuah dimenangi oleh Siti Zauyah

Juga dimenangi oleh isteri Cikgu Abdul Rahman

Cikgu Abdul Rahman turut memenangi hadiah cabutan bertuah

Cikgu Abdul Aziz turut memenangi hadiah.
Anak cikgu Seruji memenangi baucer makan di restoran Kuching Park sumbangan daripada pihak hotel

Hadiah cabutan bertuah dimenangi oleh Cikgu Zolkifli Mola.

Orang yang paling bertuah malam ini ialah Encik Daud.
Antara yang sudi menyumbang suara menghiburkan kami, Cikgu Bakri ,suami kepada cikgu Nurfatiah Lahat

Berduet dengan Ustazah Pajariah
Entah apa di 'peace' oleh Cikgu Fatiah,agaknya suka melihat suami menyanyi.


Cikgu Zolkifli dan Puan Hayati berduet menyampaikan lagu dangdut.

Cikgu Syarifah Radin berduet dengan Cikgu Abdul Taib

Cikgu Abdul Taib yang mempunyai suara yang merdu, juara karoeke hari guru tahun lepas.

Cikgu Abdul Taib berduet dengan Ustazah Pajariah

Cantik bergaya Puan Hayati menyampaikan lagu.

Bergurau senda , Cikgu Syarifah Radin berduet dengan Cikgu Zolkifli yang menyampaikan lagu lucu.

Wah...alhamdulilah, Encik Daud amat berpuas hati dengan majlis yang diadakan khas untuknya ini. Terimakasih Encik Daud atas segala sumbangan dan kepakaran sepanjang berkhidmat di SK Jemukan. Hanya Allah yang dapat membalas segalanya. Maaf zahir bathin daripada kami semua. SELAMAT BERSARA.




























































HARI GURU 2011








Sambutan Hari Guru 2011 peringkat sekolah disambut pada 16 Mei 2011. Tema perayaan Hari Guru tahun ini ialah : GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.
Biarpun perayaan Hari Guru tahun ini disambut secara sederhana , namun guru-guru perempuan tetap ceria dan bersemangat melaram dengan pakaian yang ditempah khas untuk Hari Guru ini. Bagi kami, biarlah kami menghargai diri sendiri dengan cara tersendiri.
Seawal pagi di atas meja Cik Noria tempat kami menulis kehadiran masing-masing, telah menunggu sebuah pasu buatan sendiri daripada murid-murid SK Jemukan, anak-anak Saberi.Terimakasih...
Pun juga kami gembira dengan sekolah yang disiarkan oleh akhbar tempatan ,Utusan Sarawak.
Liputan Sukan Tahunan yang tersiar dalam akhbar Utusan Sarawak. Terimakasih.
Bersedia menyanyikan lagu kebangsaan NEGARAKU
Malu-malu mendapat mikrofon biarpun setiap hari bertugas menggunakan suara.
Kami beramai-ramai menyanyikan lagu kebangsaan dengan khusyuknya.
Ucapan penghargaan daripada Ketua Murid ,Noraziezah Rani mewakili semua murid SK Jemukan.Bacaan ikrar Guru oleh semua guru SK Jemukan.

Persembahan nyanyian lagu ; TERIMAKASIH CIKGU oleh murid-murid Tahun 5.
Persembahan murid-murid ini dipimpin oleh Cikgu Zolkifli Mola.

Setelah selesai acara perasmian di Dewan Sekolah, kami diraikan di kelas-kelas pula. Antara murid-murid Tahun 1.

Murid-murid Tahun 2



Murid-murid Tahun 3


Murid-murid Tahun 3
Guru Kelas Tahun 4, Ustaz Mohd Sabri mengagihkan makanan.

Tahun 5 menunggu kehadiran kami dengan ceria
Murid-murid tahun 6 menyambut kehadiran Guru Besar dan Penolong Kanan 1 dengan gembira.


Kami menjamu selera di kelas Tahun 6.

SELAMAT HARI GURU KEPADA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN JEMUKAN. SEMOGA KITA AKAN TERUS BERKHIDMAT DENGAN PENUH SEMANGAT YANG JITU DAN DIPERMUDAHLAN OLEH ALLAH SEGALA URUSAN KITA DUNIA AKHIRAT. AMIN.












Thursday, March 3, 2011

WELCOME TO OUR NATIVE SPEAKER


Sejajar dengan program Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memantapkan penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah, maka program 'Native Speaker' atau Penutur Jati telah dilaksanakan di SK Jemukan. SK Jemukan terpilih selain daripada SK Bujang Rangawan Putin, SK Asajaya Ulu, SK Serpan dan SK Tambirat. Mentor atau Native Speaker ialah Encik Mathew Macque. Beliau berasal dari United Kingdom dan berusia 30 tahun.

Pada 28 Februari 2011 yang lalu, Encik Mathew datang ke sekolah untuk kedua kalinya dan beliau diberi taklimat berkenaan dengan program-program Panitia Bahasa Inggeris untuk sepanjang tahun 2011. Beliau juga diperkenalkan dengan semua staf sekolah dan dibawa melawat persekitaran sekolah. Madam Tiong Maing Siong selaku ketua panitia Bahasa Inggeris memberi taklimat tersebut.

Sesi bersoal jawab dengan Encik Mathew. Beliau berharap untuk mendapat kerjasama daripada semua staf dan pihak sekolah. Beliau menyatakan untuk berkomunikasi secara perlahan-lahan. Beliau akan mementor guru Bahasa Inggeris tahun 1 iaitu Cikgu Saat Seron. Ketika beliau dibawa melawat kelas-kelas , semua murid berdiri mengucapkan : GOOD MORNING SIR. Beliau merasa kagum dengan disiplin murid-murid yang baik berbanding dengan murid-murid di negaranya.

Guru-guru SK Jemukan sedang khusyuk mendengar taklimat daripada beliau. Kita mengharapkan kehadiran Encik Mathew yang datang setiap hari Isnin dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Kita pergunakan peluang yang ada untuk sama-sama berkongsi kemahiran dan pengalaman.

Thursday, November 4, 2010

Sekitar Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah di SK Jaie 2010

3 November 2010: SK Jemukan telah menyertai pertandingan bola sepak 11 sebelah anjuran SK Jaie. Seramai 18 orang pemain yang terdiri daripada pelajar tahun 6 dan tahun 5 telah dipilih untuk menggalas cabaran ke kejohanan tersebut. 3 orang guru pengiring telah mengiringi pelajar iaitu; Encik Saruji Naneng (PK KK), Encik Adil Sedi (Guru Kelab Bola Sepak) dan Encik A'Ali Musalam Shah Hamden (Jurulatih). SK Jemukan telah diundi dalam kumpulan B iaitu turut disertai oleh SK Jaie B, SK Serpan, SK Haji Kelali Semera, SK Terasi dan SK Sambir. Semua pasukan memperolehi kemenangan percuma berikutan penarikan diri di saat akhir oleh SK Sambir. Sebanyak empat perlawanan yang diharungi pemain sepanjang satu hari berkampung di SK Jaei yang bermua seawal jam 8 pagi. Permainan yang memakan masa 15 minit separuh masa ini telah berjaya diharungi oleh pelajar dengan jayanya. Namun begitu, pemain SK Jemukan tidak bernasib baik untuk mara ke separuh akhir setelah perbezaan jaringan dikira kerana menguti mata yang sama dengan SK Haji Kelali. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan:

SK Jemukan VS SK Serpan (2 : 0)
SK Jemukan VS SK Terasi (2 : 0)
SK Jemukan VS SK Jaie B (0 : 5)
SK Jemukan VS SK Haji Kelali (2 : 2)
SK Jemukan VS SK Sambir (2 : 0) kemenangan percuma

Setelah diamati, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan skuad sekolah pada kali ini:

  1. Kurang disiplin
  2. Perlawanan yang berterusan
  3. Kurang stamina
  4. Cuaca yang terlalu panas
  5. Kecederaan pemain utama

Diharap, pada penyertaan yang akan datang, pelajar dap
at lebih berdisiplin ketika menjalani latihan. "Practice make perfect"!





Tuesday, October 19, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Minggu ini merupakan minggu ulangkaji bagi semua pelajar-pelajar SK Jemukan. Minggu hadapan semua anak didik SK Jemukan akan "berperang" minda untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Bagi matapelajaran teras, pelajar akan menjawab soalan selaras yang telah digubal oleh guru-guru yang dipilih oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Samarahan. Manakala matapelajaran lain pula digubal sendiri oleh guru matapelajaran masing-masing. Diharapkan agar semua pelajar menggunakan kebolehan yang ada untuk menjawab soalan dengan baik dan jayanya untuk diterjemahkan kepada markah yang akan menentukan prestasi pelajar sebelum mereka meningkat naik pada tahun hadapan. Semoga berjaya!!!

Tuesday, August 10, 2010

Majlis Penyerahan Zakat oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia,Samarahan


Pada 6 Ogos 2010, Jumaat yang berkat, pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah datang berkunjung ke SK Jemukan untuk menyerahkan Zakat Bank Rakyat 2008 kepada murid-murid yang tidak mampu di SK Jemukan. Jumlah zakat yang diserahkan ialah sejumlah RM9350.00 untuk seramai 187 orang murid.

Dua orang pegawai daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia ,Samarahan iaitu Encik Abu Bakar b Jol dan Encik Ramdan b Abdullah.


Penolong Kanan 1 ,Encik Abdul Rahman dan Penolong Kanan HEM, Encik Aziz Kuching yang turut hadir menyaksikan upacara penyerahan zakat tersebut.

Upacara penyerahan cek replika untuk zakat RM9350.00 kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Guru Besar SK Jemukan, Encik Sejeli b Saat.

Upacara melafaz zakat yang dilakukan oleh Encik Abu Bakar dan Encik Sejeli .

Upacara menandatangani dokumen penyerahan zakat yang disaksikan oleh Encik Saruji b Naneng, PK KK.

Selesai sudah penyerahan majlis penyerahan zakat, tetamu yang datang tetap diraikan dengan jamuan ringan. Orang berbudi kita berbahasa. Terimakasih daun keladi kepada pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia di atas kemurahan hati mereka memberikan sumbangan kepada anak-anak yang tidak mampu. Di harap pada tahun-tahun hadapan , pihak Bank kerjasama Rakyat Malaysia akan meneruskan usaha sebegini untuk membantu anak-anak yang tidak mampu ini meneruskan pelajaran mereka.

Antara hidangan yang disediakan , kuih gelang dan kuih kaswi.

Kuah kacang sebagai peneman ketupat sate.

Ketupat sate yang putih bersih menggamit selera yang melihatnya.

Hidangan yang sedap, mi goreng. Terimakasih kepada isteri Guru Besar SK Jemukan yang sedia membantu menyediakan juadah jamuan ini.

Wednesday, August 4, 2010

Projek Bilik Rancangan Makanan Tambahan

Bilik Rancangan Makanan Tambahan pada awalnya adalah bilik yang diubahsuai oleh staf-staf SK Jemukan. Ia diperbuat daripada kayu dan papan dan bertingkat sedikit. Bilik RMT yang lama ini digunakan selama 9 tahun dan ia banyak menyumbangkan jasa kepada murid-murid SK Jemukan, warga SK Jemukan dan juga tetamu jemputan termasuk penduduk kampung Jemukan sendiri.
Kawasan yang sudah bersihkan dan ditabur batu-batu

Pada 7 Jun 2010, Sekolah Kebangsaan Jemukan memulakan projek memperbaharui Bilik RMT ini. Usaha ini mendapat sokongan padu oleh pihak PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) Samarahan dan didokong oleh staf SK Jemukan dan para ibu bapa sendiri. Kos pembiayaan projek ini dibiayai oleh pihak PPD dan kerja-kerja pembinaan dijalankan oleh staf SK Jemukan dan bapa-bapa murid sendiri secara gotong-royong. Sepanjang cuti semester Jun lepas, staf SK Jemukan seperti Encik Daud Jamali, Encik Bujang Sulai, Encik Rosli, Encik Kila dan Encik Ahmad bekerjasama merobohkan Bilik RMT lama sekaligus membersihkan kawasan tersebut.

Tangga lama yang menghubung Bangunan Pemulihan, Bilik Akses , Stor Buku dan Stor Makanan dengan Bilik RMT.




Kawasan lantai yang sudah disimenkan


Antara bapa-bapa dan staf SK Jemukan yang terlibat dalam gotong-royong .

Membancuh simen di padang bola jaring untuk kegunaan Bilik RMT

Sementara menunggu Bilik RMT ini siap sepenuhnya, program RMT masih dijalankan seperti biasa. Kami menggunakan Astaka sekolah untuk menjadi tempat penyediaan makanan dan memasak untuk murid-murid SK Jemukan. Alhamdulilah kerana program ini dijalankan dengan baik dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada murid-murid SK Jemukan.

Projek Bilik RMT ini dijangka siap sebelum Aidil Fitri 2010. Pihak sekolah mengucapkan terimakasih kepada PPD yang telah memberi sokongan padu dan peruntukan wang bagi menjayakan projek sekolah ini. Pihak sekolah juga mengucapkan terimakasih kepada pihak yang terlibat seperti bapa-bapa murid dan staf Sk Jemukan.