Sunday, January 29, 2012

GONG XI FA CHAI DAN SAYONARA


Ini adalah makanan semasa Madam Tiong Maing Siong satu-satunya guru berbangsa cina meraikan kami makan. Dia menempah makanan daripada orang Bugis. Makanan tersebut ialah pulasak sejenis makanan orang bugis dan dua jenis lauk ayam iaitu kari ayam dan ayam masak kicap.
Dua jenis lauk peneman pulasah.

Ada kuih-muih dan beberapa makanan ringan . Alhamdulilah.
Kuih bingka kukus dan serimuka tidak dilupakan. Air juga sangat istimewa.

Hari itu juga merupakan hari terakhir Cikgu Abdul Rahman Enjah ,Penolong Kanan I berada di sekolah kami. Beliau berpindah ke SK Jalan Muara Tuang. Beliau diganti oleh Cikgu Atan.
Senyuman sayonara sebelum meninggalkan sekolah. Selamat majujaya cikgu dan semoga dipermudahkan segala urusan. Mohon maaf daripada kami semua jika terkasar kata dan perbuatan. Semoga siratulrahim antara kita semua masih tetap terjalin ..amin. Terimakasih atas jasa-jasa cikgu terhadap SK Jemukan.

No comments:

Post a Comment