Thursday, February 23, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2012

Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK Jemukan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 16 Februari 2012, Khamis bermula jam 12.50 tengahari sehingga jam 5 petang. Majlis dimulakan dengan bersolat Zohor berjemaah semua murid dan warga SK Jemukan di bilik j-QAF. Kemudian diadakan jamuan makan tengahari beramai-ramai.

Jamuan makan tengahari

Majlis diteruskan dengan Pertandingan Bercerita Kisah Nabi oleh seramai 11 orang murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh guru j-QAF baru, Encik Nor Hafiz

Bacaan Al Quran oleh Mohd Ismawi
Ucapan perasmian oleh PK KK, Encik Seruji Naneng


Guru-guru yang hadir termasuk guru-guru KAFA

Pengacara majlis, Cikgu Adil Sedi

Barisan peserta menunggu giliran dengan sabar.

Panel hakim, Cikgu Syarifah Raden, Cikgu Mariani dan Cikgu Sabri

Murid-murid berpakaian KAFA (Tahun 1 sehingga Tahun 6)

Para peserta bercerita dengan gaya yang tersendiri .

Syabas di atas keberanian untuk tampil di atas pentas.
Setelah selesai pertandingan, guru-guru berselawat ke atas junjungan kita Rasulullah S.A.W


Ketua hakim , Cikgu Saat mengumumkan keputusan dan refleksi pertandingan.Pemenang kedua dimenangi oleh Fathin Ayuni, Tahun 5.

Juara pertandingan bercerita Kisah Nabi, Mohd Sazani Dewek, tahun 6.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah untuk mengadakan program seumpama ini pada masa akan datang dengan lebih banyak aktiviti dan perlibatan murid-murid.



Thursday, February 9, 2012

PERARAKAN MAULIDUR RASUL 2012


Inilah hadiah yang kami menangi dalam perarakan ini.

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kecil Sadong Jaya oleh Sambutan Kesenian Islam telah diadakan pada 5 Februari 2012 (Ahad) di Kampung Semera. Perarakan sejauh 2 km ini bertemakan PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH dirasmikan oleh ahli Parlimen Batang Sadong YB Nancy Shukri. Sambutan ini sebenarnya telah dimulakan sejak 3 Februari dengan beberapa pertandingan antaranya pertandingan bercerita kisah-kisah Nabi. Pelajar SK Jemukan, Mohd Sazani Dewek telah menjadi juara pertandingan ini. Sementara kontijen SK Jemukan telah merangkul tempat ke tiga. Juara perarakan dimenangi oleh Kontinjen Komuniti Bestari 1 Malaysia Sadong Jaya dan naib juaranya pula ialah Kontinjen SK Iboi Pelandok.

Sedingin awal pagi, Cikgu Aidil membuat sentuhan terakhir .

Inilah sepanduk sekolah kami

Membawa sepanduk menggunakan kereta Cikgu Aziz

Inilah barisan kami yang ikhlas berjuang.

Berbaris mendengar ucapan.

Barisan guru wanita, warna ungu tua.

Suasana dalam dewan Semera.

Kumpulan cikgu lelaki duduk berehat selepas perarakan.

Murid-murid berehat sambil menjamu selera di luar dewan.

Sebahagian duduk di dalam dewan.

Antara kontinjen yang menyertai perarakan.