Thursday, March 3, 2011

WELCOME TO OUR NATIVE SPEAKER


Sejajar dengan program Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memantapkan penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah, maka program 'Native Speaker' atau Penutur Jati telah dilaksanakan di SK Jemukan. SK Jemukan terpilih selain daripada SK Bujang Rangawan Putin, SK Asajaya Ulu, SK Serpan dan SK Tambirat. Mentor atau Native Speaker ialah Encik Mathew Macque. Beliau berasal dari United Kingdom dan berusia 30 tahun.

Pada 28 Februari 2011 yang lalu, Encik Mathew datang ke sekolah untuk kedua kalinya dan beliau diberi taklimat berkenaan dengan program-program Panitia Bahasa Inggeris untuk sepanjang tahun 2011. Beliau juga diperkenalkan dengan semua staf sekolah dan dibawa melawat persekitaran sekolah. Madam Tiong Maing Siong selaku ketua panitia Bahasa Inggeris memberi taklimat tersebut.

Sesi bersoal jawab dengan Encik Mathew. Beliau berharap untuk mendapat kerjasama daripada semua staf dan pihak sekolah. Beliau menyatakan untuk berkomunikasi secara perlahan-lahan. Beliau akan mementor guru Bahasa Inggeris tahun 1 iaitu Cikgu Saat Seron. Ketika beliau dibawa melawat kelas-kelas , semua murid berdiri mengucapkan : GOOD MORNING SIR. Beliau merasa kagum dengan disiplin murid-murid yang baik berbanding dengan murid-murid di negaranya.

Guru-guru SK Jemukan sedang khusyuk mendengar taklimat daripada beliau. Kita mengharapkan kehadiran Encik Mathew yang datang setiap hari Isnin dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Kita pergunakan peluang yang ada untuk sama-sama berkongsi kemahiran dan pengalaman.